Wednesday, February 8, 2012

::my new obsession::

sweet angat

::menarik mengenai wanita::

1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.


7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

8.Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.

9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.

11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.


12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.

13.Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.

15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.

16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.

19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.

20.Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21.Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!

22.Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.

23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.

25.Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.

27.Senjata wanita adalah airmata!!

28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.

30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

::tanda menyukai seseorang::

Pernahkah anda merasai perasaan ini, anda meminati seseorang dalam diam. Hati anda ingin mendekatinya namun malu. Asal dapat memandang dari jauh sudah memadai. Tentu ada di kalangan kita pernah merasai perasaan ini tetapi bagaimana pula pihak satu lagi, adakah dia juga meminati anda? Cuba lihat artikel di bawah.

1. Memerhati Dalam Diam

Perasaan untuk mengenali seseorang sudah pasti wujud dalam diri lelaki mahu pun wanita. Kadang-kala perasaan ini datang dan pergi dengan sendirinya. Kebiasaannya, hal memerhatikan di dalam diam ini membawa kepada dua perkara, dia berani atau tidak menegur anda dan adakah hubungan ini dapat diteruskan atau tidak. Semuanya bergantung kepada keberaniannya.

2. Mula Menegur

Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan bila seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit pelik, tetapi itulah cubaan untuk mengenali. Bagi anda yang diminati, anda mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan teruja dan sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya. Namun awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya dengan lembut kerana menyakiti hati seseorang bermakna anda cuba mencari musuh dengannya. Kadang-kala bila hati sakit, macam-macam boleh terjadi.

3. Sentiasa Ingin Dekat
Biasanya, bila kita meminati seseorang, kita akan sentiasa cuba mendekatinya malah ada yang berani mengekori ke mana saja kita pergi. Perasaan ini sebenarnya normal kerana mahu memastikan orang yang diminatinya berada dalam keadaan selamat. Bagi anda pula, janganlah berasa pelik jika didekati atau diekori dalam diam. Namun dalam masa yang sama, anda harus berwaspada kerana kita tidak mengetahui niat seseorang. Adalah lebih baik anda berhati-hati dalam menangani hal ini.

4. Mengajak Keluar

Ini adalah langkah seterusnya bila anda meminati seseorang. Selain sikap ingin tahu yang mendalam, anda juga tentu mahu mengenalinya dengan lebih rapat. Tentu saja anda mahu mengajaknya keluar sambil bertukar-tukar cerita. Di sini anda perlu lebih berhati-hati. Bermacam-macam perkara buruk boleh berlaku apatah lagi si dia baru dikenali. Sebaiknya jika ingin keluar ambil pendekatan keluar ke tempat ramai orang dan jangan sesekali bersetuju mengikutnya balik ke rumah.

5. Sering Menelefon
Lumrah hati, apabila kita menyenangi seseorang biasanya kita ingin terus dekat kepadanya. Lantaran itu kita akan berusaha mendapatkan nombor telefonnya dan mahu berbual dengannya. Bila hati sudah suka, apa pun sanggup dilalui termasuklah bil telefon yang melambung tinggi.

6. Memilih Untuk Berkahwin
Tidak semua perkenalan diakhiri dengan perkahwinan jika anda tidak serius tentang hubungan ini. Ada sesetengahnya menyukai seseorang itu hanya sebagai kawan sahaja dan ada yang serius hingga ke jinjang pelamin. Bagi anda, pilihan itu ada di tangan sendiri. Jika betul dia jodoh, terimalah atau jika tidak, bersedia jugalah menerimanya

::jangan izinkan aku jatuh cinta::

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai, Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Amiin..


copied fromhttp://penpatah.blogspot.com/2012/01/jangan-izinkan-aku-jatuh-cinta-jika.html

::promosi taekwondo sokmo::

nah gambar yang dicuri dari album Lah.sory awak.x mintak izin dulu.heheh.



















Sunday, February 5, 2012

::thanks Faid and Kelab Gemilang Taekwondo Terengganu::

hari selasa lepas,my good friend faid call tanya nak jadi emcee x(pengacara majlis).i was like " of course la i nak kan" this is a new experience to me + bila lagi nak tunjuk bakat suka bercakap ni kan.alhamdulillah all went well wpun hujan sekejap and a technical problem occured with the speaker.i still need to improve more.diorang cakap my voice is too slow.are you serious.okay nak kuat x de masalah.mmg hobi suka cakap kuat.insyaallah hari jumaat akan diadakan lagi sekali di pantai batu burok,.dunno whether i would still be the emcee or not since  my performance x lah okay sangat.but yet,the experience was priceless.thanks faid and all Kelab Gemilang Taekwondo team esp sir ramlan and abg shahru. =)

p/s : bestnya sem ni.semua dapat jadi.from a businesswoman,a debator and emcee.tq tq tq =D

::berakhirnya karnival 5 tahun UiTM KT::

alhamdulillah penat lelah selama 3 hari + x cukup tido memang sangat berbaloi.hampir semua terjual.tinggal brooches je yg ada lagi.suka suka suka.walaupun sambutan hari pertama tak menggalakkan dan mematahkan semangat sya tapi kami berjaya bangkit di hari kedua.terima kasih pada semua yang sudi hadir dan beli barangan kami.thanks jugak to my secondary friend,mat peq and mat ki sbb mari.not to forget,tengku puteri badariah =)

a story to share,when i was not there at my booth,my sharepartner,iqa cakap ada sorang budak ni round kat gerai kami dua tiga kali.last2 dia singgah jugak and tanya.

adik : akak,kedai yang jual cornflakes madu tu kat mana?
then my friend cakap : kedai ni lah dik.tapi dah habis dah.

hah nampak sangat sedap kat situ ye x.tu lain lain kali bila kita jual beli cepat2 ye.bila dah habis kang susah..
lepas ni,x tau la samaada nak jual lagi ke x.korang rasa macam mana?hermm..
kalau jual pun,nanti kitaorg jugak yang beli,dah comel sangat kan..
sorry theres no picture to be uploaded sebab memang x ambik gambar langsung.been so much busy.hehe.

sekian coretan saya <3