Wednesday, December 28, 2011

:: Aamir Khan ::

kita berkenalan di tv3
melalui cerita ini
dan inilah awak <3





and saya tahu " All is Well "

ehhehe..maaf harap tidak jeles..untuk lampiran penuh,rujuk di sini http://www.facebook.com/nurulaireenrosly/posts/334131199947513?notif_t=like

::NABI MUHAMMAD SAW::



Pada waktu umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang bayi pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah di Makkah. Bayi yang dilahirkan bakal membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia. Bapa bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka'abah, kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah wujud sebelumnya.


Selepas itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, budak suruhan Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa'ad. Adat menyusukan bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhir tiba juga wanita dari Banu Sa'ad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mahu menerima baginda kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun begitu, Halimah membawa pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan memberkati keluarganya. Sejak diambilnya Muhammad sebagai anak susuan, kambing ternakan dan susu kambing-kambing tersebut semakin bertambah. Baginda telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman.
Kisah Dua Malaikat dan Pembedahan Dada Muhammad

Pada usia dua tahun, baginda didatangi oleh dua orang malaikat yang muncul sebagai lelaki yang berpakaian putih. Mereka bertanggungjawab untuk membedah Muhammad. Pada ketika itu, Halimah dan suaminya tidak menyedari akan kejadian tersebut. Hanya anak mereka yang sebaya menyaksikan kedatangan kedua malaikat tersebut lalu mengkhabarkan kepada Halimah. Halimah lantas memeriksa keadaan Muhammad, namun tiada kesan yang aneh ditemui.

Muhammad tinggal di pedalaman bersama keluarga Halimah selama lima tahun. Selama itu baginda mendapat kasih sayang, kebebasan jiwa dan penjagaan yang baik daripada Halimah dan keluarganya. Selepas itu baginda dibawa pulang kepada datuknya Abdul Mutallib di Makkah.

Datuk baginda, Abdul Mutallib amat menyayangi baginda. Ketika Aminah membawa anaknya itu ke Madinah untuk bertemu dengan saudara-maranya, mereka ditemani oleh Umm Aiman, budak suruhan perempuan yang ditinggalkan oleh bapa baginda. Baginda ditunjukkan tempat wafatnya Abdullah serta tempat dia dikuburkan.

Sesudah sebulan mereka berada di Madinah, Aminah pun bersiap sedia untuk pulang semula ke Makkah. Dia dan rombongannya kembali ke Makkah menaiki dua ekor unta yang memang dibawa dari Makkah semasa mereka datang dahulu. Namun begitu, ketika mereka sampai di Abwa, ibunya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia lalu dikuburkan di situ juga.
Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Umm Aiman dengan perasaan yang sangat sedih. Maka jadilah Muhammad sebagai seorang anak yatim piatu. Tinggallah baginda dengan datuk yang dicintainya dan bapa-bapa saudaranya.

"Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung lalu Dia memberikan petunjuk" (Surah Ad-Dhuha, 93: 6-7)
Abdul Mutallib Wafat

Kegembiraannya bersama datuk baginda tidak bertahan lama. Ketika baginda berusia lapan tahun, datuk baginda pula meninggal dunia. Kematian Abdul Mutallib menjadi satu kehilangan besar buat Bani Hashim. Dia mempunyai keteguhan hati, berwibawa, pandangan yang bernas, terhormat dan berpengaruh dikalangan orang Arab. Dia selalu menyediakan makanan dan minuman kepada para tetamu yang berziarah dan membantu penduduk Makkah yang dalam kesusahan.
Muhammad diasuh oleh Abu Talib

Selepas kewafatan datuk baginda, Abu Talib mengambil alih tugas bapanya untuk menjaga anak saudaranya Muhammad. Walaupun Abu Talib kurang mampu berbanding saudaranya yang lain, namun dia mempunyai perasaan yang paling halus dan terhormat di kalangan orang-orang Quraisy.Abu Talib menyayangi Muhammad seperti dia menyayangi anak-anaknya sendiri. Dia juga tertarik dengan budi pekerti Muhammad yang mulia.

Pada suatu hari, ketika mereka berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian yang telah dapat melihat tanda-tanda kenabian pada baginda. Lalu rahib tersebut menasihati Abu Talib supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam kerana dikhuatiri orang-orang Yahudi akan menyakiti baginda sekiranya diketahui tanda-tanda tersebut. Abu Talib mengikut nasihat rahib tersebut dan dia tidaak banyak membawa harta dari perjalanan tersebut. Dia pulang segera ke Makkah dan mengasuh anak-anaknya yang ramai. Muhammad juga telah menjadi sebahagian dari keluarganya. Baginda mengikut mereka ke pekan-pekan yang berdekatan dan mendengar sajak-sajak oleh penyair-penyair terkenal dan pidato-pidato oleh penduduk Yahudi yang anti Arab.

Baginda juga diberi tugas sebagai pengembala kambing. Baginda mengembala kambing keluarganya dan kambing penduduk Makkah. Baginda selalu berfikir dan merenung tentang kejadian alam semasa menjalankan tugasnya. Oleh sebab itu baginda jauh dari segala pemikiran manusia nafsu manusia duniawi. Baginda terhindar daripada perbuatan yang sia-sia, sesuai dengan gelaran yang diberikan iaitu "Al-Amin".

Selepas baginda mula meningkat dewasa, baginda disuruh oleh bapa saudaranya untuk membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid, seorang peniaga yang kaya dan dihormati. Baginda melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas dan jujur. Khadijah amat tertarik dengan perwatakan mulia baginda dan keupayaan baginda sebagai seorang pedagang. Lalu dia meluahkan rasa hatinya untuk berkahwin dengan Muhammad yang berusia 25 tahun ketika itu. Wanita bangsawan yang berusia 40 tahun itu sangat gembira apabila Muhammad menerima lamarannya lalu berlangsunglah perkahwinan mereka berdua. Bermulalah lembaran baru dalam hidup Muhammad dan Khadijah sebagai suami isteri.
Turunnya Wahyu Pertama

Pada usia 40 tahun, Muhammad telah menerima wahyu yang pertama dan diangkat sebagai nabi sekelian alam. Ketika itu, baginda berada di Gua Hira' dan sentiasa merenung dalam kesunyian, memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu. Maka datanglah Malaikat Jibril menyapa dan menyuruhnya membaca ayat quran yang pertama diturunkan kepada Muhammad.

"Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan" (Al-'Alaq, 96: 1)

Rasulullah pulang dengan penuh rasa gementar lalu diselimuti oleh Khadijah yang cuba menenangkan baginda. Apabila semangat baginda mulai pulih, diceritakan kepada Khadijah tentang kejadian yang telah berlaku.

Kemudian baginda mula berdakwah secara sembunyi-sembunyi bermula dengan kaum kerabatnya untuk mengelakkan kecaman yang hebat daripada penduduk Makkah yang menyembah berhala. Khadijah isterinya adalah wanita pertama yang mempercayai kenabian baginda. Manakala Ali bin Abi Talib adalah lelaki pertama yang beriman dengan ajaran baginda.Dakwah yang sedemikian berlangsung selama tiga tahun di kalangan keluarganya sahaja.
Dakwah Secara Terang-terangan

Setelah turunnya wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah secara terang-terangan, maka Rasulullah pun mula menyebarkan ajaran Islam secara lebih meluas.

"Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik." (Al-Hijr, 15:94)

Namun begitu, penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa oleh baginda. Mereka memusuhi baginda dan para pengikut baginda termasuk Abu Lahab, bapa saudara baginda sendiri. Tidak pula bagi Abu Talib, dia selalu melindungi anak saudaranya itu namun dia sangat risau akan keselamatan Rasulullah memandangkan tentangan yang hebat dari kaum Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rancangan Rasulullah seterusnya. Lantas jawab Rasulullah yang bermaksud:

"Wahai bapa saudaraku, andai matahari diletakkan diletakkan di tangan kiriku dan bulan di tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan menghentikannya sehingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku binasa kerananya"

Baginda menghadapi pelbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan daripada penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan Allah. Bukan Rasulullah sahaja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para sahabatnya juga turut merasai penderitaan tersebut seperti Amar dan Bilal bin Rabah yang menerima siksaan yang berat.
Wafatnya Khadijah dan Abu Talib

Rasulullah amat sedih melihat tingkahlaku manusia ketika itu terutama kaum Quraisy kerana baginda tahu akan akibat yang akan diterima oleh mereka nanti. Kesedihan itu makin bertambah apabila isteri kesayangannya wafat pada tahun sepuluh kenabiaannya. Isteri bagindalah yang tidak pernah jemu membantu menyebarkan Islam dan mengorbankan jiwa serta hartanya untuk Islam. Dia juga tidak jemu menghiburkan Rasulullah di saat baginda dirundung kesedihan.

Pada tahun itu juga bapa saudara baginda Abu Talib yang mengasuhnya sejak kecil juga meninggal dunia. Maka bertambahlah kesedihan yang dirasai oleh Rasulullah kerana kehilangan orang-orang yang amat disayangi oleh baginda.
Hijrah Ke Madinah

Tekanan orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat selepas kepergian isteri dan bapa saudara baginda. Maka Rasulullah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah berikutan ancaman daripada kafir Quraisy untuk membunuh baginda.

Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Mereka digelar kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar. Seruan baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullas s.a.w sendiri.
Negara Islam Madinah

Negara Islam yang baru dibina di Madinah mendapat tentangan daripada kaum Quraisy di Makkah dan gangguan dari penduduk Yahudi serta kaum bukan Islam yang lain. Namun begitu, Nabi Muhammad s.a.w berjaya juga menubuhkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sepenuhnya pentadbiran dan perundangan yang berlandaskan syariat Islam. Baginda dilantik sebagai ketua agama, tentera dan negara. Semua rakyat mendapat hak yang saksama. Piagam Madinah yang merupakan sebuah kanun atau perjanjian bertulis telah dibentuk. Piagam ini mengandungi beberapa fasal yang melibatkan hubungan antara semua rakyat termasuk kaum bukan Islam dan merangkumi aspek politik, sosial, agama, ekonomi dan ketenteraan. Kandungan piagam adalah berdasarkan wahyu dan dijadikan dasar undang-undang Madinah.

Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian. Namun begitu, aspek pertahanan amat penting bagi melindungi agama, masyarakat dan negara. Rasulullah telah menyertai 27 kali ekspedisi tentera untuk mempertahan dan menegakkan keadilan Islam. Peperangan yang ditempuhi baginda ialah Perang Badar (623 M/2 H), Perang Uhud (624 M/3 H), Perang Khandak (626 M/5 H) dan Perang Tabuk (630 M/9 H). Namun tidak semua peperangan diakhiri dengan kemenangan.

Pada tahun 625 M/ 4 Hijrah, Perjanjian Hudaibiyah telah dimeterai antara penduduk Islam Madinah dan kaum Musyrikin Makkah. Maka dengan itu, negara Islam Madinah telah diiktiraf. Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berjaya membuka semula kota Makkah pada 630 M/9 H bersama dengan 10 000 orang para pengikutnya.

Perang terakhir yang disertai oleh Rasulullah ialah Perang Tabuk dan baginda dan pengikutnya berjaya mendapat kemenangan. Pada tahun berikutnya, baginda telah menunaikan haji bersama-sama dengan 100 000 orang pengikutnya. Baginda juga telah menyampaikan amanat baginda yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda baginda yang bermaksud:

"Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa Tuhan kamu Maha Esa dan kamu semua adalah daripada satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam a.s. Semulia-mulia manusia di antara kamu di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling bertakwa. Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan dua perkara itu, iaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah."
Wafatnya Nabi Muhammad s.a.w

Baginda telah wafat pada bulan Jun tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah. Baginda wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan pemimpin negara. Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang benar dan menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab, berilmu dan berkebolehan. Rasulullah adalah contoh terbaik bagi semua manusia sepanjang zaman.

Tuesday, December 27, 2011

Kisah Nabi Idris AS Melihat Surga dan Neraka



sorga-neraka
Setiap hari Malaikat Izrael dan Nabi Idris beribadah bersama. Suatu kali, sekali lagi Nabi Idris mengajukan permintaan. “Bisakah engkau membawa saya melihat surga dan neraka?”
“Wahai Nabi Allah, lagi-lagi permintaanmu aneh,” kata Izrael.
Setelah Malaikat Izrael memohon izin kepada Allah, dibawanya Nabi Idris ke tempat yang ingin dilihatnya.
“Ya Nabi Allah, mengapa ingin melihat neraka? Bahkan para Malaikat pun takut melihatnya,” kata Izrael.
“Terus terang, saya takut sekali kepada Azab Allah itu. Tapi mudah-mudahan, iman saya menjadi tebal setelah melihatnya,” Nabi Idris menjelaskan alasannya.
Waktu mereka sampai ke dekat neraka, Nabi Idris langsung pingsan. Penjaga neraka adalah Malaikat yang sangat menakutkan. Ia menyeret dan menyiksa manusia-manusia yang durhaka kepada Allah semasa hidupnya. Nabi Idris tidak sanggup menyaksikan berbagai siksaan yang mengerikan itu. Api neraka berkobar dahsyat, bunyinya bergemuruh menakutkan, tak ada pemandangan yang lebih mengerikan dibanding tempat ini.
Dengan tubuh lemas Nabi Idris meninggalkan tempat yang mengerikan itu. Kemudian Izrael membawa Nabi Idris ke surga. “Assalamu’alaikum…” kata Izrael kepada Malaikat Ridwan, Malaikat penjaga pintu surga yang sangat tampan.
Wajah Malaikat Ridwan selalu berseri-seri di hiasi senyum ramah. Siapapun akan senang memandangnya. Sikapnya amat sopan, dengan lemah lembut ia mempersilahkan para penghuni surga untuk memasuki tempat yang mulia itu.
Waktu melihat isi surga, Nabi Idris kembali nyaris pingsan karena terpesona. Semua yang ada di dalamnya begitu indah dan menakjubkan. Nabi Idris terpukau  tanpa bisa berkata-kata melihat pemandangan sangat indah di depannya. “Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah…” ucap Nabi Idris beulang-ulang.
Nabi Idris melihat sungai-sungai yang airnya bening seperti kaca. Di pinggir sungai terdapat pohon-pohon yang batangnya terbuat dari emas dan perak. Ada juga istana-istana pualam bagi penghuni surga. Pohon buah-buahan ada disetiap penjuru. Buahnya segar, ranum dan harum.
Waktu berkeliling di sana, Nabi Idris diiringi pelayan surga. Mereka adalah para bidadari yang cantik jelita dan anak-anak muda yang amat tampan wajahnya. Mereka bertingkah laku dan berbicara dengan sopan.
Mendadak Nabi Idris ingin minum air sungai surga. “Bolehkah saya meminumnya? Airnya kelihatan sejuk dan segar sekali.”
“Silahkan minum, inilah minuman untuk penghuni surga.” Jawab Izrael. Pelayan surga datang membawakan gelas minuman berupa piala yang terbuat dari emas dan perak. Nabi Idris pun minum air itu dengan nikmat. Dia amat bersyukur bisa menikmati air minum yang begitu segar dan luar biasa enak. Tak pernah terbayangkan olehnya ada minuman selezat itu. “Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah,” Nabi Idris mengucap syukur berulang-ulang.
Setelah puas melihat surga, tibalah waktunya pergi bagi Nabi Idris untuk kembali ke bumi. Tapi ia tidak mau kembali ke bumi. Hatinya sudah terpikat keindahan dan kenikmatan surga Allah.
“Saya tidak mau keluar dari surga ini, saya ingin beribadah kepada Allah sampai hari kiamat nanti,” kata Nabi Idris.
“Tuan boleh tinggal di sini setelah kiamat nanti, setelah semua amal ibadah di hisab oleh Allah, baru tuan bisa menghuni surga bersama para Nabi dan orang yang beriman lainnya,” kata Izrael.
“Tapi Allah itu Maha Pengasih, terutama kepada Nabi-Nya. Akhirnya Allah mengkaruniakan sebuah tempat yang mulia di langit, dan Nabi Idris menjadi satu-satunya Nabi yang menghuni surga tanpa mengalami kematian. Waktu diangkat ke tempat itu, Nabi Isris berusia 82 tahun.
Firman Allah:
“Dan ceritakanlah Idris di dalam Al-Qur’an. Sesungguhnya ia adalah orang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi, dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” (QS Al-Anbiya:85-86).
***
Pada saat Nabi Muhammad sedang melakukan perjalanan Isra’ Mi’raj ke langit, beliau bertemu Nabi Idris. “Siapa orang ini? Tanya Nabi Muhammad kepada Jibril yang mendampinginya waktu itu.
“Inilah Idris,” jawab Jibril. Nabi Muhammad mendapat penjelasan Allah tentang Idris dalam Al-Qur’an Surat Al-Anbiya ayat 85 dan 86, serta Surat Maryam ayat 56 dan 57.

Monday, December 26, 2011

::little girl w big talent::

adore her..alaaa comel la izara aishah ni..berbakat plak tu..comel jer..orang nama aishah mmg comel2 ker ?kalau tak caya izara comel,tengok gambar ni


Sunday, December 25, 2011

::saya jealous::

saya merelakan perkahwinan ex saya ni dengan lisa walaupun saya tahu dia cuma nak buat saya jealous jer..hehhehe
semoga berbahagia yusry dan lisa surihani.wishing you all the very best in marriage and life.
sila jealous with the pictures..sweet sangat... =D


Saturday, December 24, 2011

::KAU ILHAMKU::

Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah
Sedetik wajahmu muncul 
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan
Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini 
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...


~> (>,<)

Thursday, December 22, 2011

::HAPPY 18TH::

happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to iqa
happy birthday to you

oloooo tua sudah sayang saya ni .. maaf sudah lama tak mengupdate blog . almaklum sibuk dengan life as student . kononnye kan..

here are few pictures taken on her 18th birthday on 18 december 2011 . veneu : uitm Kuala Terengganu











sila terliur dengan cuppies di atas . ordered from http://www.facebook.com/nooradawiahmoahamdzarawi.zarawi?ref=ts

Friday, November 25, 2011

:: 15 reason Terengganu is Interesting::

sape kata terengganu bosang?takdop nape nok wak..meh sini nok kosi sket aktiviti hok beh beh di tranu..kalu rase dok caye boleh try deh..


1.of coures lah buleh blajor bahasa tranu yang unik nih..bukan stakat makang ikang jer..banyok lagi..


2.pedal boat di Taman Tamadun Islam (TTI) . boleh jalan jalan kat Taman Monumen .souvenier pun ada jual . kalau letih boleh makan di Bbenteng .


3.Bowling  di TER atau Astaka


4.makan angin di Pantai Pandak.mandi pun boleh.


5.ber-Karaoke di Giant atau Mydin


6.River cruise di TTI


7.study at UiTM Chendering..awesome!!


8.lepak-ing at Dataran Shahbandar.near to a river + Friday night market


9.mandi manda di Kolam Air Panas La


10.makan lemang Kuala Ibai


11.a walk at Pulau Warisan just behind kampung Cina


12.a walk at Pantai Batu Buruk


13.ikan Bakar di Tenang Seafood,Batu Buruk


14.a visit to Masjid Kristal.ce teka tang mana yang kristal..



15.movies at Mesra Mall,kemaman 



kalu x caye terengganu beh , tanya lah Zizan .

::ISU SEMASA::

Semester baru dah mula.student pun bertambah.cerita panas pun banyak..ahaks..tp bkn nak citer pasai depa semua.cheq nak kongsi (lu langsi lu mati) pasai life cheq.ehjoy noooo..


1.my lovely cousin Aril..the name is Muhammad Zahiril Aziff . not sure about the spelling . but i gave him the name .age,lupa lar..less than a year lagi..healthy baby



2.Nik Muhammad Rayhan .just around 3 weeks ago..cute sangat..he is my cousin's sweetheart.me as well actually..

3.a little gift from aisyah after coming back from bandung.reminds me of my school time where they said i look like POOH..really ??


4.cold rainy weather in Terengganu.monsoon cup is now happening at Pulau duyong



Thursday, November 24, 2011

::Tersangkar::


 Tersangkar hati ini
Tanpa aku ketahui
Kapankah ia akan bebas
Dari belenggu cintamu
Yang merantai dari lubuk
Yang paling dalam
Ku seru madah cinta
Agar bisa bersemi
Ku pujq kasih kanda
Moga bertaut di dahan hati
Dalam diam bicara
Dalam sepi kata
Dalam senyap bahasa
Ku merungkai maksud hati
Masihkan tersisa secubit kasih
Buat pengubat lara dinda
Kupujuk hati
Sabarlah selalu
Kerana mungkin
Masih bersirna hari esok
Buat kita menuai rasa

::nurul aireen rosly darahman::

Thursday, November 17, 2011

MENGHITUNG HARI

menghitung hari . detik demi detik . masa ku nanti apa kan ada . jalan cerita . kisah yang panjang . menghitung hari . cewah kelass kau jah . maaf ye bukan nak cerita romantik . cuma sedang menghitung hari nak masuk sem 2 . student baru pun ramai dah daftar . seronok dapat jadi senior .hah gitu . sem 1 went very well . great lecturer , great friend . great senior . great result .alhamdulillah . walaupun memang nak result bagus tapi x sangka lah pulak dapat . hopefully dapat maintain lah result macam tu . this sem would be a little bit differ than before . sbb my bestie,aisyh will be joining me in Chendering ..seronok betoi...hahah dah kaku jari tak tau nak tulis apa..tetibe teringat kat encik pian..ni tagline dia (nak etek nak etek)..ahhaha missing him.LOL..

*tahniah malaysia menang 1-0 against IndonesiaL..hahahah......usaha lagi..tambahkan emas untuk negara . so do other athlets..chaiyok chaiyok

PAPER MISS IQA

11 things about me


::the name is ; dah terang x payah bersuluh dah .


::family nickname Kak Chik sbb middle from 5 sibs 


::currently in 2nd Sem in UiTM,taking business


::i would say i am a temper person and talkative..hahah


::i love tough things like roller coaster and bungee jumping


::2011618666,the matrix number . cute kan??heheh


::love perfume sooo muchh..blame my papa for that


::i have a scar on my right hand since 13 years ago bcause of my carelessness


::i dont have a favourite colour


::i dont like to bring my phone and purse..i dont know why also


::i love youuu...heheheh




Since dah ditagged oleh my lovely chomell,iqa , so i jawab jugak ler soalan2 panas nih..hah gitu kan.tp apasal banyak sangat nih.kenapa x cukupkan 40 macam jawab paper sejarah..ahaks..


1) Where is your cell phone?
::my cell phone currently on my desk.i hate to bring it everywhere with me sbb x penting =D

2) Relationship?
::single and ready to mingle..hah gitu kau jah..x delah skrg nak focus study lah.kalau ada rezeki ada lah kannnnnn <3
3) Work?
::pernah kerja kat opis papa..skrg menganggur sementara masuk sem balik..uikss

4) Your favorite thing?
::what kinda of thing?emmmmm..probably my watch and perfume..adore them..

5) Your dream last night?
::omg..i can never tell u sbb mudah lupa tp the night before i dreamt jalan atas jambatan terengganu sesak sangat..ntah pape jer..nak suruh duk rumah lahtu

6) Your fears?
::losing people i love most

7) Who did you hang out with last weekend?
::last weekend?my family lerrr..i can family person..(riak)

8) What are you not good at?
::most stuff..hal ehwal rumahtangga kot..,kadang2 rasa macam pandai tapi Malas

9) One of your wish list items?
::berjaya dunia akhirat..Aminnn

10) Last thing you did?
::before typing this??tukar pad...hahhaha sebab period..betul jujur aku hari ni kann

11) Your life?
::i would say its perfect !
12) Missing?
::my mom..she went to JB..esk baru smpai..

13) What are you thinking about right now?
::a guy..wakakakka..really do

14) Last time you laughed?
::a second back

15) Love?
::i love everything god give to me..past,present,future

16) So who wants to share their ONEs?? How about?
::yang ni senak otak pikir sebab x paham..sorry dude =)

17)5 orang jejaka terpilih...:
::my tokki
::my father
::dr mahathir mohammad
::khairul fahmi che mat aka apex
::K (tettttt)




here are the 11 questions for you dear iqa .


[1]who dont deserve you ?


[2]which actor/actress you hate most ? why ?


[3]what u want for your upcoming birthday ?


[4]what makes you feel bad ?


[5]one thing u would want to change in your life ?


[6]your best moment ?


[7]what you want in life ?


[8] in 10 years time,who are you?


[9]who is your current secret admire ? ;)


[10]what is your goal for this sem ?


[11]who am i to you ?




*jujur okayyyyyy..phewitt..all the very best..moga2 dapa 4 flat..hahah 



Wednesday, November 16, 2011

TIRU MACAM SAYA - HANA TAJIMA




hasilnya ??



jauh panggang dari api . dah miss hana tajima tu mmg cantik..pakai apa pun cantik kan .nih miss haireen tajima . muka pun bak bulan purnama sepanjang tahun .hahah

SI TUDUNG TWEET



semalam layan drama Si Tudung Tweet . Not Bad lah . santai . tapi dah ditukar namanya jadi TWEET-JER and FACEBACK . but i adore la LJ punya style yang ala2 Hana Tajima . but she is stylo afterall..copy sket boleh ??ehhe

I went to Giant around 2 months back . this what i found there . dedicated specially to my tokki @ grandpa yg sangat suka merajuk . one incident that i'll never forget , my sis kentut sampai satu lorong boleh bau . kitaorg cpt2 blah sbb ada pak cik lalu .everytime pegi sana , time lalu lorong junkfood mesti teringat ..haduii..dasar kaki kentut .

Sunday, November 13, 2011

::forever friends::

the blogger . oh betapa ketotnya diri ini . ahaks :'- )

UiTM classmate ; BM1111B SEM 1 2011
SYA

the naughtiest boys ; Adam and Nazrin

here comes my chomell
IKA

BFF ever ..we dont have aisyah here sbb sbuk jd photographer x bertauliah
from left :me , Dayah(D@abg izad),Fathanah,Eyan Liyana

cute budak akaun nih..meet my roomate
MYMY